Tuesday 15 May 2012

VCO UNTUK KEHAMILAN DAN B/FEEDING

Ibu mengandung, Ibu menyusu(BF) , Sedang berpantang boleh makan ke? Ade side effect x?

Jawapannye BOLEH .Tiada side effect untuk kandungan, kesihatan dan juga bayi. 100 % dari minyak kelapa dara Gred A dan ada juga few mommies yang berkongsi VCO merupakan MILK BOOSTER mereka :)

Sewaktu mengandung

VCO akan membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan lebih ceria dan insyallah memudahkan bersalin(pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby. Masalah perut harimau (hehehe) atau strechmark dapat dikurangkan atau lebih baik lagi jika anda sapukan seperti bio oil(VCO sangat berbaloi sebab dapat makan dan sapu).Make a wise choice.

Sewaktu menyusukan (BF)
Makan VCO seperti biasa :) baby akan mendapat khasiat VCO dalam masa yang sama untuk kulit yang putih bersih. sapukan VCO untuk rambut baby supaya cepat tumbuh. Kandungan asid laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak.

Semasa Dalam Pantang
Juga amalkan VCO seperti biasa, Tiada pantang/bentan. Jadikan VCO sebagai makanan tambahan anda setiap hari. Badan akan sentiasa bertenaga untuk menjaga anak kecil :) dan yang penting kulit sentiasa lembab dan tidak kering :)) anda juga boleh ambil collagen sewaktu menyusukan dan dalam tempoh berpantang. Tiada masalah 

VCO SEMASA HAMIL

 

Pengambilan VCO Semasa Kehamilan


virgin coconut oil(VCO) keluaran CATALYST :



vco softgel capsule - 60 capsules
RM 39.90 - SEMENANJUNG
RM 43.90 - SABAH & SARAWAK

vco pure oil / liquid
RM 39.90 - SEMENANJUNG
RM 43.90 - SABAH & SARAWAK

eazy - pemilik blog

Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk ini adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.

Berkongsi tentang pengalaman eazycatalyst yang mengamalkan softgel capsule sepanjang tempoh kehamilan dan selepas selamat melahirkan.Antara kebaikan dan kesan yang dialami :

  • Kurang masalah keletihan & tidak bertenaga semasa bekerja
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat/berminyak walaupun perubahan hormon berlaku sewaktu hamil
  • Sistem penghadaman/pencernaan lancar-tiada masalah sembelit
  • Tiada masalah keputihan sewaktu hamil
  • Masalah kulit meregang/merekah dapat di atasi (strechmark)
  • Kulit bayi cantik, tiada jaundis/kuning
  • Sentiasa bertenaga dan tidak letih(dalam tempoh 10 hari awal berpantang)
            kredit to eazycatalyst

Monday 14 May 2012

CATALYST PRODUCT

PRODUK-PRODUK CATALYST



CATALYST COLLAGEN
15 sachets / 3gm each (dietary supplement)
RM 59.90 (semenanjung)
RM 65.90 (sabah&sarawak)

  • Mencerahkan Kulit dan Mencantikkan Kulit Wajah
  • Mengurangkan Pigmentasi/ Bekas2 Hitam / Jeragat di Muka
  • Meningkatkan Kadar Kelembapan dalam Kulit
  • Mengurangkan Garis-garis Halus dan Tanda2 Penuaan
  • Melicinkan dan Menggebukan Kulit
  • Membuat Kulit / Tona Wajah Sekata
  • Mengembalikan Bentuk Badan & Struktur Tubuh
  • Menghilang/mengurangkan garisan kedut halus terutama di bawah mata
  • Mencerahkan kulit dari dalam dan menghilangkan pigmentasi
  • Menghilangkan jerawat dan memudarkan parut jerawat dari wajah
  • Mencantikkan badan dan menghilangkan geleber kulit


CATALYST FIBRE DRINK(orange flavour)
dalam bentuk serbuk
RM 59.90 ( semenanjung)
RM 65.90 ( sabah & sarawak)
15 sachets / 15 gram each

CATALYST NATURAL FIBRE DRINK membantu :

  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  • Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat
  • Meningkatkan fungsi usus dengan cara menyeimbangkan mikroflora
  • Mengurangkan sembelit & meningkat kan pergerakan usus
  • Mengatasi masalah diarea(cirit)
  • Mengurangkan serum kolestrol & diabetes(kencing manis)
  • Membolehkan nutrien diserap dengan sempurna
  • Membersihkan darah daripada toksin sekaligus membersihkan darah
  • Mencegah jangkitan yang disebabkan kuman merbahaya

Bagi sesiapa yang mengalami masalah penghadaman& pencernaan seperti masalah sukar untuk buang air anda adalah disarankan untuk mengambil CATALYST NATURAL FIBRE DRINK.


VCO HAIR REVITALIZER 
RM 39.90 (semenanjung malaysia)

RM 43.90 (sabah & sarawak)


CARA PENGGUNAAN :
1. sapukan hair revitalizer pada rambut anda
*jika rambut anda panjang (sapuan nipis sudah memadai)*


KEBAIKAN CATALYST HAIR TREATMENT SERIES:


1. mengatasi masalah kulit kepala berminyak& berkerak(kuping)
2. mengawal masalah kelemumur
3. mengatasi masalah keguguran rambut
4. mencantikkan rambut agar sentiasa kelihatan sihat & berkilat
5. melindungi kulit dari radiasi ultra violet matahari
6. menghitamkan dan melebatkan rambut



VCO HAIR TREATMENT - moisturizer
RM 39.90 (semenanjung malaysia)
RM 43.90 (sabah & sarawak)

CARA PENGGUNAAN :
1. sapukan hair treatment 1/2 jam sebelum mandi
2. pastikan terkena sehingga ke kulit kepala/akar rambut
3. basuh rambut seperti biasa dengan syampoo
*jika rambut anda panjang (sapuan nipis sudah memadai)*


* CATALYST MINDSTAR SANGAT DIGALAKKAN UNTUK *
- Pelajar Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah-
- Pelajar IPTA/IPTS (yang sedang menuntut)-
- Mereka yang mempunyai masalah kurang perhatian dalam kerja(letih&lesu)-

*boleh diminum dari umur 4 tahun ke atas*(below pun bole,ikut kesesuaian)
RM 59.90 ( semenanjung)
RM 65.90 ( sabah & sarawak)
CATALYST FEMME VITA : Femme Vitality Natural Drink
RM 45.00 (Semenanjung)
RM 50.00 (Sabah & Sarawak)
15 sachets per box/ 3g per sachet
*1 sachet sehari*(Letak di lidah,hisap & minum air suam/jus)
 
KEISTIMEWAAN DAN KHASIAT FEMME VITA :
  • Membina dan mengecutkan rahim
  • Menguatkan otot dan menyempitkan faraj
  • Menegangkan dan mencantikkan bentuk payudara
  • Membantu merawat luka dalam perut selepas pembedahan
  • Memulihkan sistem pelinciran vagina
  • Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin(suami-isteri)
  • Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Menghilangkan bau badan dan bau mulut
  • Mengatasi masalah sengugut dan masalah keputihan
  • Melegakan panas badan
  • Bagus membantu merapatkan vagina dan mengecutkan rahim
  • Berkesan bagi meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon estrogen yang berfungsi untuk mengaktifkan kolagen bawah kulit yang mana hasilnya akan anda lihat dan rasa setiap hari
  • Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit dan menegangkan payudara dan menghasilkan potongan badan yang menarik dan seksi 

VIRGIN COCONUT SOFTGEL JUICE (health supplement)

RM39.90 (Peninsular Malaysia)

RM43.90 (East Malaysia)

MINYAK KELAPA DARA adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamnya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba & kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamnya berubah, dapat membawa kemudaratan kepada manusia yang memakannya.

Antara khasiatnya:


  • Menyokong fungsi sistem imunisasi & metabolik yang sihat.
  • Mengurangkan berat badan.
  • Menyediakan satu sumber tenaga yang segera.
  • Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lemak yang lain.
  •  Nutrien paling penting untuk kesihatan yang baik.
  •  Memudahkan penghadaman & penyerapan zat makanan.
  • Membantu untuk mengawal kencing manis.
  • Masalah esteoporosis
  •  Masalah penuaan pramatang & pengerutan kulit.
  •  Melembut & melincinkan kulit.
  •  Mencegah jangkitan bakteria, virus & kulat.
  •  Mengurangkan risiko penyakit Kanser, aterosklerosis & lain-lain

VIRGIN COCONUT SOFTGEL CAPSULE (health
supplement)
60 Softgel capsule / 500mg each
RM39.90 (Peninsular Malaysia)
RM43.90 (East Malaysia)

Antara khasiatnya:
  •   Menyokong fungsi sistem imunisasi & metabolik yang sihat.
  •   Mengurangkan berat badan
  •   Menyediakan satu sumber tenaga yang segera.
  •   Mengandungi kalori yang sedikit berbandinglemak yang lain.
  •   Nutrien paling penting untuk kesihatan yangbaik.
  •   Memudahkan penghadaman & penyerapan zat makanan.
  •   Membantu untuk mengawal kencing manis.
  •   Masalah esteoporosis
  •   Masalah penuaan pramatang & pengerutan kulit.
  •   Melembut & melincinkan kulit.
  •   Mencegah jangkitan bakteria, virus & kulat.
  •   Mengurangkan risiko penyakit Kanser,aterosklerosis & lain-lain.



apa itu VCO??

VCO??

u ollz penah dengar x??
VCO adalah shortform kepada Virgin Coconut Oil..
virgin coconut oil tu adalah minyak kelapa dara..(translate)
penah dengar x?ada org panggil minyak nyok dara..hehehehe...

APAKAH SEBENARNYA MINYAK KELAPA DARA??

minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang di proses tanpa penggunaan haba atau kimai di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba atau kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya..

KHASIAT & KEBAIKAN VCO..

”Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”
Dr. Bruce Fife
Director of the Southern Colorado
Chapter of the Weston A. Price Foundation


Antara Kebaikan/Khasiat Catalyst VCO :
- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

sebenarnya banyak lagi khasiat n kebaikan VCO ni tp i x larat nk taip dah....hehehe..

i'm back!!!

haii....
lama gila kot i x update blog nih..sory la..busy dengan busines la katakan..ceeewaahh..ahaks..
bisnes ciput ja pon..
"ha, u ollz nak tau i buat bisnes apa??
jeng..jeng..jeng...

meh sini nak story kat u ollz..
masa i pregnant arituh i slalu tengok adik i yg no 2 tuh amalkan benda nih..i tanya dia 'hang mkan pa tuh?" dia kata dia makan VCO..i buat bodoh jelah..coz i nih x suka jenis2 supplement..
after a few week i nampak muka dia tu lain ckit..(bukan la mcm alien ke ape..)..nampak glowing n berseri2 je..so i pon siasat la produk apa yg dia amalkan tuh..selama i dalam pantang i dok kaji produk tu n secara x langsung menarik minat i untuk mencuba..dan baru 2 hari i amalkan memang terasa perubahan pada badan i..lepas tu hubby i plak try..seperti yang dijangkakan dia pon turut mengalami perubahan..

haa..ni la produk yg i amalkan tuh..

CATALYST VCO SOFTGEL

CATALYST COLLAGEN

Sunday 26 February 2012

obsesi ku!!





ok..ada sapa2 kenal mamat hensem kat atas tuh??? boyfren baru aku hahaha...bukan la..mamat ni nama dia Dingdong Dantes..pelakon pemes kat filipina..aku xtau pasepa aku gila bayang sungguh kat mamat nih..oop..oops..jangan salah paham ukeh..mungkin sebab mamat ni teramatlah hensem (walaupon hakikatnya laki aku lagi hensem) dan aku suka sangat bila dia berlakon mesti jadi lelaki yang romantik..i loike!!kelass kau maria!hehehe..

Stairway to heaven

haa...aku mula dok gila kat 'cholo' ni bermula dari cerita stairway to heaven.mamat ni pegang watak Cholo..aduuuyaii..dalam citer tuh dia romantik sangat2..jalan citer yang best,sedih tapi bahagia..aku malas nk story citer nih..korang yang x penah tengok pandai2 korang la carik..tp aku berani jamin 100% terbaik dari ladang!!

Marimar

ok!setel citer stairway to heaven, aku dk gila citer marimar plak..(agaknya aku memang gila sungguh kot)mamat ni berlakon di samping awek dia..(patah ati aku..huhu) tp xpa..mujuq awek dia pon 100x cun..pendek kata memang sepadan la depa dua..macam pinang di belah ngan kapak..kahkahkah..




haa...cun x awek dia..awek dia nama Marian Rivera..semoga depa bahagia noh..

Thursday 23 February 2012

~ mom in law ~

hamek kau....lama x update blog kan?? eleh..macam la ada orang nak baca..:(huhu...
last 2 week aku balik kampung..(rumah ibu mertuaku..)al maklumlah..menantu kesayangan.even hubby x balik pon aku tetap balik jugak rumah mak mertua..hehehe..sebenarnya mak mertua aku mai rumah aku..rindu katanya..(ceeeewaaahhh...syiokk weh jadi
menantu kesayangan..)so, aku pon buat keputusan untuk ikot mak mertua aku balik kampung..

hubby aku 2 beradik ja..dia anak last..abang dia pon dah berkahwin and ada 2 orang anak..abang ipaq aku nih tinggal sekali dengan mak mertua aku.so,x da la mak mertua aku sunyi sangat..mak mertua aku ni sebenarnya seorang yang amat cerewet.pendek kata bukan calang2 orang yang boleh jadi menantu dia..(aku ni kira terbaik la jugak..masuk bakul angkat sendiri okeh!!)hehehe...

pada aku,aku di antara wanita2 yang bertuah memiliki mak mertua yang baik dan penyayang..memandangkan mak mertua aku x ada anak perempuan so, aku n biras aku ni di anggap macam anak perempuan kandung..walaupon dia cerewet tapi hati dia baik. sifat cerewet dia tu mungkin sesetengah orang x boleh nak terima..rumah mesti kemas,tersusun tanpa sampah n habuk..kadang2 bilik aku pon mak mertua aku masuk tolong kemaskan,tolong susun baju2 dalam almari..(aku ingat aku dah cukup kemas, rupanya x cukup..hehe..)

part yang buat aku terharu sekali bila pada satu hari aku p shopping dengan mak mertua aku..mak mertua aku berkenan sangat dengan sepasang baju tidor tu..dia tanya aku nak x baju nih..aku cakap aku dah ada banyak dah baju tidor..dia dok tengok ja baju tuh, sekali promoter tu tanya,"anak mak cik ka nih?"(merujuk pada aku la...) belum sempat aku nak jawab mak mertua aku laju je jawab.." anak mak cik la.." aku ingat dia nk jawab 'x lah,ni menantu makcik'..masa mak mertua aku p bayar di kaunter, promoter tu cakap kat aku.."untung awak ada mak mertua macam tuh..dia ada anak lelaki yang bujang lagi x??"..kahkahkah...mungkin bagi orang lain x membawa sebarang makna..tapi pada aku ia cukup bermakna..(tacing weehh..dapat lak sepasang baju tidor yang cantik..jangan jelesss k)

petang tadi aku pon balik rumah aku..tu pasal aku dapat update blog..kalo kat kampung x sempat nak update.hikhikhik..sebelum balik sempat lagi mak mertua aku p carik kuih peberet aku, KUIH KARAS..emm..terharu sangat2!! my dear mom in law, puan shapinah I LOVE U SO MUCH!!!TQ 4 EVERYTHING MOM!





yang sebelah pengantin tu lah my mom in law.

Sunday 12 February 2012

::::: Bodoh Sombong::::

ngeri kan baca tajuk di atas...
mintak di jauhkan la dari sifat  tuh..amin..
merujuk tajuk dia atas saya...(ewah..dah macam karangan surat kiriman rasmi plok ye??kahkah..)
saya sebenarnya baru setahun jagung dalam penulisan blog nih..
setahun ke??sehari jagung lebih seswai kot..huhu..
saya memang x pandai nak tulis (buttt..bukan buta huruf ok...)
x pandai nk edit..x pandai nk hias hias blog macam blogger2 lain..
(huduh kan blog kite?...sedihnye...)
followers pon x de..sadis betol.. :(
tapiii...ha..ada tapi ..
tapi,saye bukan bodoh sombong..(masuk bakul, sendiri angkat ler..kahkahkah..)
kepada sesiapa or blogger2 yang terer or expert bab blog nih tolong la bg tunjuk ajar pada saya..
TUNJUK AJAR KU SIFU...please..saya berjanji akan belajar bersungguh2..hehehe..
pada yang sudi roger saya di facebook www.facebook.com/nourulsyuhada ..
terima kasih banyak pada yang sudi nak berkongsi ilmu..( x rugi pon berkongsi ilmu ni kan..dapat pahala lagi..perot pon kenyang,saya belanja k..hehehe)







assalamualaikum...

1.30am - 12022012

awat ntah..mata ni cukup payah nak pejam..macam biasa.berfacebooking la haku..(macam korang jugak kan..hikhik..)..ntah macam mana saya terbaca 1 blog nih..best sangat-sangat..macam-macam dia tulis.
..emm,dari situ saya terpikir,why not saya try ber-blog plak..hikhik..(ntah ada orang nak baca ke tak pon tak tahu la..sob..sob.)


BERPANTANG

actually saya masih dalam tempoh berpantang..(ye,pantang bersalin la..huh??kenape??x pecaya saya bersalin?hehehe..nampak muda kan??kahkahkah..) masuk hari ni dah 23 hari..bosan tahap gaban tau x..menghitung hari ja nak habiskan 44 hari..hehe..


baby??? ALLAH lebih menyayangi baby saya...
kalo nak di ikotkan due date saya 9.5.2012 tapi kuasa ALLAH..kita hanya mampu merancang..
21.1.12 tarikh yg x mungkin saya lupa hingga akhir hayat saya..(tarikh yang mengubah status saya..yes!!saya dh jd seorang ibu walaupon hanya untuk sementara) terima kasih ALLAH!!


DETIK DETIK ITU......

20.1.12
gumbira teramat sangat pagi tuh coz incik hubby selamat sampai dari kuantan..(almaklumlah PJJ)
hehehe..pagi tu memang agak kelam kabut..yelah family saya ada buat bisnes catering(kecil kecilan jew)..so, pagi tu hubby sampai,dia pon sibuk tolong ayah siapkan apa yang patot..sampai la ke tengah hari baru la kiteorang ada masa nk berbual..
saya mengadu pada hubby yg saya kerap sangat sakit pinggang (sebelah kanan saja)..masa tu kandungan saya baru 24week..hubby cakap lepas sembahyang jumaat nanti dia nk bawak saya pegi klinik.tapi saya x nak coz opismate saya ckp sakit tu normal lagi pulak baby tengah membesar.so saya x kisah sangat la pasal sakit tu cuma yang herannya kenapa sakit pinggang sebelah kanan sahaja..(saya buat x tahu jelah sebab ramai yang cakap sakit pinggang tu normal untuk orang mengandung..)

petang tu lepas asar saya ajak hubby balik rumah mertua (di tualang,pokok sena)..agak lewat kami bertolak balik..(ala..bukan jauh pon.stengah jam je sampai la..)kami sampai dalam pukul 6 petang..masa tu sakit pinggang saya makin menjadi2..pastuh sakit plak kat ari2..so,saya masuk bilik n tidor je.( x tidor pon sebenarnya...saya menangis sebab x tahan sakit sangat2..)hubby plak keluar pegi pasar malam dengan mak mertua saya..(hubby teringin nak makan pulut durian..hehehe)..disebabkan x tahan sangat sakit tu saya sms bgtau hubby..dia balik, then mak mertua saya ajak saya pegi jumpa bidan (orang panggil tok ngah)..lepas magrib kami pegi.(dekat je..dalam kampung tu jugak..)
mak mertua saya ni bagitahu tok ngah hajat kiteorang datang tu..so,tok ngah pon suro saya bukak baju.dia mula proses berurut perot..

"dah lama ka hang sakit nih? "tok ngah tanya saya..
"dah seminggu dah tok ngah"..
"ALLAH... awat yang tunggu sampai seminggu baru hang mai..ni budak(baby) dh turun dk bawah dh ni.."
hati saya memang x tenang langsung bila tok ngah cakap macam tuh..
"awat tok ngah?anak cek x apa apa ka?"
"x palah..tok ngah usaha na..yang selebihnya kita serah pada ALLAH.."

lama jugak tok ngah tu dk urut perot saya..kejap2 saya dengar bacaan ayat2 alquran dan mulutnya terkumat kamit..menurut tok ngah kedudukan baby saya dh berada di bawah (macam orang yang dah nak bersalin)...selesai berurut tok ngah pesan kalo saya sakit lagi,terus pegi hospital

elok je kiteorang sampai rumah saya rasa nak terkencing..hubby plak terus ke dapur..(nak makan pulut durian..tadi kan x sempat nak makan..hikhik)..masa kencing tu saya perasan ada keluar lendir + darah..saya terus jerit panggil hubby, tapi mak mertua yang datang (maklum lah hubby tengah makan)..dia tengok je darah terus dia suro hubby saya siap nk pegi hospital..(mujur la ada biras saya, kak ton.dia la yg tolong sediakan apa yang patot..)

sampai je di hospital,saya terus di bawa ke wad bersalin..lepas doktor check rupa rupanya dah terbuka 4cm..(terkejut berok saya..setahu saya pengalaman kawan bercerita nak tunggu bukaan tu sampai 4 cm punya lah siksa menahan sakit,x kan saya semudah tu..)
kemudian doktor (4 orang doktor n kesemuanya perempuan..alhamdulillah..) scan, baby sehat n ok..
x lama kemudian saya dengar doktor2 tu berbincang..tp x paham pon apa yg diorang cakap..yelah,bahasa perubatan..saya study engine..jauh kot perbezaan..hikhik)..
10 minit kemudian diorang datang semula..
"puan nurul...saya harap puan tabah ye..lepas kite check semuanya, baby puan sehat n aktif but if u bersalin dalam waktu sekarang yang baru 24 weeks..memang peluang untuk baby hidup amat tipis dengan berat baby just 0.68kg..saya harap puan tabah..bla..bla..bla.."
ALLAH saja yang tahu apa yang saya rasa..gelap terus dunia saya..saya dah x dengar ayat doktor yg seterusnya..
kemudian doktor explain pada hubby saya..(saya tgk hubby saya cool tp hakikatnya dia jugak kecewa)..
doktor cakap..kita hanya mampu berusaha..selebihnya kita berserah pada ALLAH..
saya kemudiannya di tempatkan di satu bilik dan di suntik ubat tahan sakit n ubat untuk mematangkan paru2 baby..masa tu pukul 12 tengah malam..baru saya tahu apa itu contraction..sakit tu tuhan je tahu..makin lama makin kerap..(dah la sorang2..)hubby dan mak mertua saya tak dibenarkan masuk..
pukul 2.30 pagi (21.1.12) saya rasa basah kain n baju saya..saya panggil nurse..diorang datang dan check,masa tuh bukaan dh 6/7 cm..dalam pukul 3.30 pagi saya di masukkan ke labour room..sakit makin kerap tp doktor x bagi saya teran lg..(masa nih rasa mcm nk terberak pon ada...hikhikhik..)

saya hanya menyebut "ALLAH..ALLAH" setiap kali sakit..masa tu baru saya teringat dosa2 saya pada suami, pada ibu dan ayah..smoga mereka ampunkan saya..
saya nampak 2/3 orang nurse masuk..diorang mengangkat kaki saya..dan tetibe saya rasa ada air suam yang keluar.rupanya nurse terpaksa pecahkan air ketuban saya..dan saya disuruh teran..beberapa kali saya cuba teran tp x bejaya..
"awak teran jangan keluarkankan suara..kita cuba lg ye..1,2,3 bismillahirrahmanirrahim...."
pussshhhh..... terasa nyawa di hujung tanduk...
"bagus..bagus..ckit lagi puan..kepala dah keluar...1,2,3 bismillahirrahmanirrahim..."
pusshhh...akhirnya..4.23 pagi saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki..

alhamdulillah....saya lihat nurse memegang anak saya ketika tuh..sungguh kecil..kemudian doktor beritahu saya yang anak saya akan terus dibawa ke pakar kanak-kanak..
ibu mana yang x pilu bila melihat keadaan anak macam ni..saya langsung x dengar tangisan dia..
cuma yang saya tahu dia masih bernafas ketika saya melahirkan dia..
"ya ALLAH ya tuhanku..kau panjangkan lah usia anak ku..kau selamatkan lah anak ku..sesungguhnya hanya padamu tempat aku memohon..namun andai kau lebih menyayangi dia..aku redha dengan ketentuanMu ya ALLAH..amin..."
hanya doa yang mampu aku panjatkan pada yang esa..

6.45 pagi hubby saya datang dan memaklunkan ALLAH lebih menyayangi anak kami...saya tidak menangis..(saya x mahu hubby melihat kekecewaan saya..walau hakikatnya semangat hidup saya sudah tiada lagi)..saya mintak pada hubby tolong bawa saya kepada baby..tp doktor x izinkan dengan keadaan saya yang masih lemah..saya kemudiannya dia masukkan ke wad.manakala hubby saya perlu menguruskan hal anak kami..

lebih kurang jam 8 pagi hubby saya datang bersama baby (yg telah siap dikapankan)...
ALLAH  tahu apa yang terbaik untuk hambanya................................


nama: muhammad bin mohd irwan
d.o.b: 21.1.12 @ 4.23 am / 0.68kg


~al-fatihah~